tweet..!! tweet..!!



Sunday, November 15, 2009

ntah...

dah lamer aku xmenjenguk blog neh....bukan takat dah bersawang jer....beranak pinak dah segala virus2...ngeh..ngeh...ngeh...bukan aper...aku xtau nak mengarut aper kat sini...nak meluahkan perasaan aku xpandai untuk bermadah pujangga...aku hanya insan biasa yang bila perasaan sedih menyelubungi baru lah segala urat saraf berfungsi untuk menulis sesuatu...meluahkan segala rasa yang menyelubungi sehingga xcukup ruang...huhuhu...

Saturday, August 1, 2009

semalam...hari ni....esok???

hmmm...semalam berlalu dengan pantas...dan alhamdulillah, sumer nyer lebih baik dari kelmarin. semalam, aku bermonolog sendirian mengimpikan segala yang aku idamkan. namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukannya hanya DIA. hanya DIA yang aku harapkan. segalanya punya hikmah yang tersendiri. semalam, aku telah redho. aku redho dengan apa yang telah tersurat untuk kelmarin. kelmarin adalah sejarah buat aku yang tak mungkin dengan mudah aku melupakannya. namun, disebabkan kelmarinlah aku berjaya mengharungi hari semalam. hari ni. hari ni masih saja berlalu tanpa aku tahu apa yang telah menanti buat aku. aku hanya mampu melaluinya dengan tekad kesabaran yang tinggi. tapi, hari ni semacam kurang sikit dari hari semalam. ntah kenapa aku rasakan begitu. aku harap segalanya akan berlalu tanpa ada yang menyakitkan jiwa, naluri dan perasaan aku. hari ni serasa berlalu dengan perlahan. pagi-pagi lagi aku dah terjerat dengan kelalaian diri sendiri. itulah manusia. sentiasa lupa akan jatuh bangunnya diri sendiri. merasakan semuanya baik-baik sahaja, dan dialah yang terbaik. aku sedar, mulai dari hari ni aku perlu berusaha untuk melenyapkan rasa kebanggaan dalam diri aku ni. aku hanya hamba. hamba yang diciptakan untuk mengabdikan diri padaNYA. bukan pada dunia ini yang begitu melalaikan. hmmm... esok??? persoalan yang belum pasti terjawab dengan mudah. namun, yang aku harapkan, semoga hari esok membawa sinar yang mampu menerangai jalan aku. yang mampu membawa aku menuju ke jalan yang diredhoi-NYA. apa yang lebih penting adalah semoga hari esok menjadi lebih baik daripada hari ini.

Thursday, July 30, 2009

kekesalan semalam...

emm....hari neh aku jalani hidup seperti biasa jerk...tapi, der satu berita baik tuk aku...hehehe... tok aku sorang jer ker?? xjugak..buat semua yang meminjam ptptn...hari ni akhirnya masuk gak duet tok kami neh....alhamdulillah.....selain tu, hari ni aku dah berjaya mencari sedikit lagi ketenangan yang hilang dalam diri aku...permusuhan yang lama terjalin tanpa ungkapan kata maaaf telah aku putuskan hari neh....maksud aku, aku dah berjaya tuk luahkan segala kekesalan aku terhadap seorang sahabatku ni....aku teringat, suatu ketika dahulu aku asyik mengingatkan owang yang mengungkapkan kata maaf tu xbererti kita seorang yang lemah atau pun seorang yang kalah...bahkan, owang yang memohon maaf dan menyedari kesilapan yang telah di lakukannya dengan memohon ribuan kemaafan lebih baik daripadanya...apatah lagi owang yang memaafkan...almaklumlah...semua makhluk kat dunia ni kan memang xlari dari melakukan kesalahan...so, janganlah malu untuk mengaku akan kesalahan diri sendiri dengan memohon ampun dan maaf....sekurang-kurangnya kita akan merasa tenang dan gembira selepas kemaafan kita di terima...selepas hari ni aku belajar banyak benda yang membuatkan aku sedar betapa kerdilnya diri ini yang selalu memerlukan bimbingan dari sesiapa sahaja yang layak memberi bimbingan...hanya akal dan iman sahaja yang mampu menentukan baik buruknya sesuatu yang kita putuskan....semoga hari esok membawa seribu sinaran yang akan menyinari hidup aku...dan yang paling penting, aku akan mempelajari pelbagai perkara yang mendatangkan faedah buat aku....yang mampu membimbing aku menuju jalan yang lurus....

Thursday, July 16, 2009

alhamdulillah....hari ini ku temui sedikit ketenangan yang tidak dapat ku gambarkan dengan kata-kata. aku bersyukur di atas ketenangan yang kau kurniakan buatku hari ini ya ALLAH....namun, ku perlukan ketenangan yang lebih besar dari hari ini...hmmm...memang fitrah manusia yang tak pernah lari dari kehidupan mereka yang tak pernah puas dengan apa yang telah diperolehi...hari ni aku dapat seorang lagi kawan yang boleh di ajak berkongsi segala masalah yang aku hadapi...aku dah tak sanggup lagi asyik nak mendengar masalah orang saja sehingga masalah aku sendiri aku tak dapat nak selesaikan...aku bukan tak boleh menjadi pendengar yang etia..aku bukan tak boleh menjadi kawan yang mudah untuk berkongsi...cuma aku tak boleh menjadi diri aku sendiri lagi...aku perlu mencari siapa diri aku yang sebenar barulah aku boleh mendengar segala keluhan mereka yang memerlukan khidmat aku sebagai penasihat....hehehe....jumpa lagi malam nanti....

Wednesday, July 15, 2009

jiwa kacau...

kadangkala aku ingin menjerit....meraung....meluahkan segalanya pada angin agar segala yang aku hadapi akan berlalu pergi sepertimana berlalunya angin bayu....aku ingin bersendirian....merenung nasib diri, mengakui kekilafan diri, memperbaiki segala kelemahan...namun, tidak pernah ku temui suatu tempat yang mampu membawa aku kepada ketenangan....aku seakan sudah tidak sanggup lagi untuk meneruskan kehidupan ini...
aku menipu pada diri dengan berlagak bahawa tidak ada masalah dalam diri aku...aku seorang yang tidak ada beban yang harus ditanggung....aku ketawa....aku menangis....namun, aku menagis dan ketawa tanpa sedikit pun berbekas dihatiku....ianya seolah-olah kosong tanpa ada pengisiannya...aku belum menemui jalan itu....aku perlu mencarinya untuk memenuhkan jiwa aku yang kosong dengan setiap pengisian yang bermakna buat diriku ini... aku cuma mengharapkan ketenangan yang abadi...ketenangan yang tak mampu dicari di dunai yang fana ini.... setiap saat aku memikirkan alangkah indahnya jika aku mati di saat ini......

perasaan, jiwa, dan sesuatu...

aku terasa ingin menulis segala-gala masalah yang aku hadapi...namun, aku buntu bagaimana mahu memulakannya...aku runsing dengan perasaan yang membelenggu diri aku kini...kenapa aku serasa semakin jauh dengan teman-temanku...aku semakin tidak mengenali diri aku sendiri...aku seolah-olah berada dalam satu dunia khayalan di mana aku seorang asing yang datang tanpa di undang dan yang perginya tidak dihantar...mungkin kekilafan diri yang dilakukan secara tidak sedar telah melukakan sekeping hati yang tulus...aku insan yang naif...jika terdapat walaupun secubit barang apa jua kesalahan, maafkan lah diriku teman...andai itu yang menjarakkan tali silaturrahaim kita bermakna kita tidak bersefahaman dalam melayari sebuah kehidupan yang ntah bila penghujungnya...aku mengerti...kita mungkin bukan teman yang serasi...bukan teman yang mampu berkongsi segala-galanya denganmu...aku tidak layak untuk mendapatkan seorang sahabat yang sejati... aku bukanlah yang terbaik buatmu jadikan sahabat...aku rela andai itu takdirnya...namun, akan ku perbaiki kekilafan diri andai engkau memberiku peluang untuk memperbaiki segalanya dengan nasihat yang berguna darimu.....maafkan daku wahai teman....

kehidupan dan keadaan.....

kadangkala kter merasa kehidupan ini tidak begitu adil terhadap diri kiter....ntah kenapa kite xpernah kenal erti kesyukuran di atas apa yang telah dikurniakan oleh yang MAHA KUASA....mungkin hal ini lebih berkaitan dengan diri aku yang semakin hari semakin jauh dari landasan kehidupan yang sebenarnya....aku terfikir adalah lebih baik jika hidup ini tidak wujud buatku...sebaliknya aku penuh dengan prasangka yang membawa aku semakin jauh untuk mengenali yang MAHA ESA....aku buntu....aku mendambakan seseorang yang mampu membimbing aku menuju ke syurga AL-JANNAH....aku inginkan ilmu yang membuatkan aku tidak jemu untuk menelaahnya....sehingga aku tidak lagi memikirkan tentang kekurangan diri, ketidakadilan hidup, hasad dengki yang meluap2, mengutuk sesama sendiri, dan sebagainya yang menambahkan lagi catitan si ATID....disebabkan semua itu aku merasa pelbagai perasaan yang semakin hari semakin berkecamuk menyebabkan aku menjadi hipokrit dalam diri sendiri...sudah tidak punya keyakinan untuk berpijak di bumi yang nyata...aku perlukan bimbingan....sedarkan aku sebelum segala-galanya terlambat......aku mohon padaMU ya RABBI....

Tuesday, February 17, 2009

MeRePeK MeRaBaN...

SALAM....
meh makcik-makcik, pakcik-pakcik, abang-abang, akak-akak, adik-adik...
hohohohoh...kter merapu bersama eih..hmm...macam neh....(sok..sek..sok..sek..)
camni...owang nak cakap yang minggu neh sebok bebenor...adeh...penatnyerrr...ngan assignment yang xreti nak siapkan dirik senirik..ngan aktiviti sukan yang xmo kalah-kalah...huh..biler la ana dapat tidor ngan nyenyaknyer..huh..hohoho...camni la pengorbanan yang terpaksa di lakukan demi menggenggam segulung ijazah...(ceh,ayat xleh bla..blaja maleh..)hohohohoh....kengkawan...!! chaiyok..!! chaiyok..!!!

MeRePeK MeRaBaN...

Sunday, January 25, 2009

LaFaZ YaNg tErSiMpAn....

LuLuH HaTiKu yAnG SaYu...
MeNaTaP WaJaHmU TeNaNg dALaM LEnA...
KAsIh zAhIrKaN LaKu SeDaNgKaN BiBiRkU JaUh dArI LaFaZnya...
DaN RaUt tUaMu mEmBeKaS JiWaKU
MeReDaKaN RiNdU MeNdAmAiKaN KaLbU
XmUngKiN KuTeMu iRaS SeNtUhAnMu
BiArPuN Ku rEdAh sELuRuH dUnIa mEnCaRI gAnTiMu
oooo...
BeTaPa sUkArNyA MeNyUsUn bIcArA
MeLuAhKaN RaSa mEnUtUrKaN SaYaNg
KaSiH yAnG tErLiMPaH HaNyALaH SeKaDaR TiNGkAh
CuMa uNgKaPaN KeBiSuAn yAnG MeLiNDuNgKaN
KaLiMaH RaHsIa...
MaSiH...
kU BiArKaN WaKtU
MeLaRiKaN LaFaZ KaSiHkU PaDaMU...

MeNgApAkAh sUkAR mEnYuSuN BiCaRa
MeLuAhKaN RaSa mEnuTuRkAn sAyAnG
kAsIh yAnG tErLiMpAh HaNyALaH SeKaDaR TiNgKaH
CuMaLaH UnGkApAn bIsU KaLiMaH RaHsIa...

ApAkAh yAnG HILaNg aNdAi DiLIsANkAn
BaIt pEnGhArGaAn pEnUh kEjUjuRaN...
XmUnGkIn tErLiHaT
CiNtA.......YaNg mErOnA
jIkA HaNyA ReNuNgAn mAtA yAnG BeRsUaRa
BukAn aTuR KaTa...

TaIdA LaGi eRtInYa pEnGuCaPaN
aNdAi aKhIr nAfAs Di HuJUnG HeLaAn
SeBeLUm mAtA RaPaT TeRpEjAm...
UsAh bIaR KeHiLaNgAn mEnGgAnTiKaN LaFaZ
YaNg tErSiMpAn......

Monday, January 19, 2009

Sunday, January 18, 2009

Tanda bahagia

Dari Ibnu Abbas ra,
ada 7 petanda kebahagiaan
dunia, iaitu :
1. Qalbun syakirun atau
hati yang selalu bersyukur.

2. Al azwaju shalihah,
iaitu pasangan hidup
yang soleh.

3. Al auladun abrar,
iaitu anak yang soleh.

4. Albiatu sholihah,
iaitu lingkungan yang
kondusif untuk iman kita.

5. Al malul halal,
atau harta yang halal.

6. Tafakur fi dien,
atau semangat untuk
memahami agama.

7. Umur yang barakah -
ertinya umur yang semakin
tua semakin soleh,
yang setiap detiknya diisi
dengan amal ibadah.

Bicara tentang hati

Aku ingin hati yang bersih,
Yang jujur apabila berbicara,
Yang ikhlas apabila membantu,
Yang kuat apabila difitnah,
Yang tabah apabila diuji,
Yang bersyukur apabila disakiti,
Yang gembira apabila dikhianati,
Yang ceria apabila dibenci

Aku ingin hati yang bersih,
Yang 'aib apabila menghina,
Yang hina apabila meminta,
Yang insaf apabila terleka,
Yang menangis apabila menyakiti,
Yang sugul apabila membenci,
Yang malu apabila dipuji,
Yang tawadhu' apabila dikasihi


Sungguh! Hati itu anugerah terindah dr Ar-Rahman pd makhluk yg bernama manusia.
Bg insan hina sprt aku, yg bnyk jahil dr tahu, yg bnyk alpa dr peka, hanya satu pintaku Ya Allah -
Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dgn hati yg bersih..

Tanda penerimaan taubat

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak
mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak..? Maka jawabnya,
ini adalah urusan Allah,...kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi
kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam
dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih
dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,
sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab
Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan
kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk
meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap
melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang
telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan
ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan
sedih dan menyesal.

Seindah wanita...


Seindah mawar berduri
Aroma mu harum mewangi
Namun berpagarkan duri
Demi mempertahankan hakikat keindahan

Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara.
Kau adalah mutiara yang bersinar gemilang jauh di dasar lautan.
Bukanlah mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum.
Jatuh nilainya.
Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga.
Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai duri
Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan
bersama gemersik aroma yang harum mewangi.
Sentiasa menjadi angan-angan setiap kumbang
meskipun gentar dan sukar untuk didekati.

Aku ingin menjadi wanita
solehah..
Seperti mawar berduri
yang mengharum dan mekar
bersama sang kumbang yang
gagah melindungi..
Aku ingin manjadi wanita
solehah..
Seperti Rabiatul Adawiyah
yang menemukan dengan
cinta Ilahi..
Aku ingin bersamaNya..
Inginku lari dari cinta
insani..
Namun, ku yakinkan
ditemukan dengan insan
yang dicintaiNya untukku..
Kerna tanpa cintaNya..
Aku tak mengenal cinta
manusia..
Siapalah aku melainkan
kuharap menjadi wanita
solehah hiasan hidup insan
bernama suami.