tweet..!! tweet..!!



Wednesday, July 28, 2010

hati terluka...

adakala kita perlu membiarkan diri merasa segala perasaan yang ALLAH kurniakan kepada kita... bersyukurlah ketika diri di abaikan, kerana kita akan mula berdikari dan berdiri tanpa tongkat dari orang lain..bersyukurlah ketika kita di sakiti agar hati tidak terlalu lemah kerana dari situ diri akan mengajar hati erti sabar, tabah, kuat dan sebagainya...bersyukurlah jika hari ini kita menangis kerana kita tidak lupa bahawa dunia ini tidak menjanjikan hanya kebahagiaan buat penghuninya... bersyukurlah kerana hati kita masih basah dengan perasaan...walaupun berat bahu yang memikul, terimalah....kerana di hujung sengsara pasti ada manisnya kebahagiaan...jangan kita asyik menyalahkan takdir serta menunding jari kepada orang lain kerana sebaik kita menunding jari nan sebatang, masih bersisa 4 batang jari menunding laju ke arah kita...tidakkah kita tersedar bahawa diri juga tidak menyokong tindakan kita dalam menunding jari kepada orang lain...sebaliknya insafilah diri...tenangkanlah hati..munajat pada ILLAHI....moga di bukankan jalan petunjuk serta di kuatkan iman agar kita terus tabah dan kuat dalam mengharungi jalan yang berliku...jalan yang hanya kita memutuskannya...sama ada jalan yang menuju ke arah syurga @ pun neraka...segala yang berlaku di sekeliling kita adalah pelajaran utama yang merupakan petunjuk agar kita tidak terus alpa dan leka serta tersalah dalam memilih jalan hidup...biarlah hati di lukai kerana itu akan lebih menambah kematangan insan...biarlah diri berseorangan andai itu yang mampu mendewasakan serta mengajar erti berdiri di atas kaki sendiri...hanya ku harapkan agar diri dapat menginsafi...ingat pesan Rasullullah: "bercakap banyak menambah kan dosa"....diam adalah lebih baik daripada selalu menegakkan kebenaran...biarlah kebenaran itu muncul sendiri keran yang benar pasti benar walau tidak bertegang urat menegakkan kebenaran...walau sehebat mana kepalsuan, suatu masa pasti kebenaran akan muncul menegak keadilan...hadapi setiap dugaan dengan senyuman walau hati digigit pilu..walau aku penat lelah dalam mencari ketenangan dalam kehidupan, aku perlu sedar dan akur bahawa hidup ini ibarat roda....adakala kita di atas, adakala kita di bawah...persoalan yang masih berlegar di benak aku hingga kini...adakah kerana aku banyak bercakap aku perlu memulakan suatu perkara??? apakah aku tidak punya malu hingga semua perkara mesti aku mulakan??? aku juga punya perasaan wahai sahabat....kenapa kau tidak pernah mengerti apa yang aku rasakan...aku tak minta untuk sentiasa diiringi...aku cuma meminta agar aku di hormati...aku juga insan...adakala malu, marah dan sebagainya....jika suatu hari nanti segalanya pecah, aku tidak akan menyalahkan diri aku...kerna aku cuba menjadi yang terbaik...adakah kalian juga begitu?? ahhh..!!! persetankan perasaan... aku disini untuk belajar mencari sekelumit ilmu...setelah tamat, aku tidak akan menoleh lagi...biar ia jadi sejarah silam buat aku...

Thursday, July 22, 2010

mengumel sambil pure2 cumel...lalalala

dah lamer aku xmengupdate blog aku neh...klo di ikotkan kre dah bersawang gler laaa...klo lelabah datang pon xngaku d sawang macam tu keturunan d punyer....hohohoho.....almaklum ler...xkayer g...klo dah kayer nanti kompem slalu jerk bertulis neh..hohoho....sem baru dah muler...adussss..malas sunguh nak ngadap sumer bende...tapi, berbekalkan semangat sebab hanya tinggal lagi 2 sem tok aku habeskan, insyaALLAH... akan aku harungi nyer juger...ndak xndak...timo jo laaa...... lekkkssss luuu...!!!!! heehhehe...