tweet..!! tweet..!!



Sunday, January 25, 2009

LaFaZ YaNg tErSiMpAn....

LuLuH HaTiKu yAnG SaYu...
MeNaTaP WaJaHmU TeNaNg dALaM LEnA...
KAsIh zAhIrKaN LaKu SeDaNgKaN BiBiRkU JaUh dArI LaFaZnya...
DaN RaUt tUaMu mEmBeKaS JiWaKU
MeReDaKaN RiNdU MeNdAmAiKaN KaLbU
XmUngKiN KuTeMu iRaS SeNtUhAnMu
BiArPuN Ku rEdAh sELuRuH dUnIa mEnCaRI gAnTiMu
oooo...
BeTaPa sUkArNyA MeNyUsUn bIcArA
MeLuAhKaN RaSa mEnUtUrKaN SaYaNg
KaSiH yAnG tErLiMPaH HaNyALaH SeKaDaR TiNGkAh
CuMa uNgKaPaN KeBiSuAn yAnG MeLiNDuNgKaN
KaLiMaH RaHsIa...
MaSiH...
kU BiArKaN WaKtU
MeLaRiKaN LaFaZ KaSiHkU PaDaMU...

MeNgApAkAh sUkAR mEnYuSuN BiCaRa
MeLuAhKaN RaSa mEnuTuRkAn sAyAnG
kAsIh yAnG tErLiMpAh HaNyALaH SeKaDaR TiNgKaH
CuMaLaH UnGkApAn bIsU KaLiMaH RaHsIa...

ApAkAh yAnG HILaNg aNdAi DiLIsANkAn
BaIt pEnGhArGaAn pEnUh kEjUjuRaN...
XmUnGkIn tErLiHaT
CiNtA.......YaNg mErOnA
jIkA HaNyA ReNuNgAn mAtA yAnG BeRsUaRa
BukAn aTuR KaTa...

TaIdA LaGi eRtInYa pEnGuCaPaN
aNdAi aKhIr nAfAs Di HuJUnG HeLaAn
SeBeLUm mAtA RaPaT TeRpEjAm...
UsAh bIaR KeHiLaNgAn mEnGgAnTiKaN LaFaZ
YaNg tErSiMpAn......

Monday, January 19, 2009

Sunday, January 18, 2009

Tanda bahagia

Dari Ibnu Abbas ra,
ada 7 petanda kebahagiaan
dunia, iaitu :
1. Qalbun syakirun atau
hati yang selalu bersyukur.

2. Al azwaju shalihah,
iaitu pasangan hidup
yang soleh.

3. Al auladun abrar,
iaitu anak yang soleh.

4. Albiatu sholihah,
iaitu lingkungan yang
kondusif untuk iman kita.

5. Al malul halal,
atau harta yang halal.

6. Tafakur fi dien,
atau semangat untuk
memahami agama.

7. Umur yang barakah -
ertinya umur yang semakin
tua semakin soleh,
yang setiap detiknya diisi
dengan amal ibadah.

Bicara tentang hati

Aku ingin hati yang bersih,
Yang jujur apabila berbicara,
Yang ikhlas apabila membantu,
Yang kuat apabila difitnah,
Yang tabah apabila diuji,
Yang bersyukur apabila disakiti,
Yang gembira apabila dikhianati,
Yang ceria apabila dibenci

Aku ingin hati yang bersih,
Yang 'aib apabila menghina,
Yang hina apabila meminta,
Yang insaf apabila terleka,
Yang menangis apabila menyakiti,
Yang sugul apabila membenci,
Yang malu apabila dipuji,
Yang tawadhu' apabila dikasihi


Sungguh! Hati itu anugerah terindah dr Ar-Rahman pd makhluk yg bernama manusia.
Bg insan hina sprt aku, yg bnyk jahil dr tahu, yg bnyk alpa dr peka, hanya satu pintaku Ya Allah -
Andai esok tiada lagi, biarlah aku pulang dgn hati yg bersih..

Tanda penerimaan taubat

Seorang ahli hikmah ditanya mengenai taubat. Bagaimanakah kita hendak
mengetahui taubat kita telah diterima Allah atau tidak..? Maka jawabnya,
ini adalah urusan Allah,...kita tidak berupaya menentukannya,...tetapi
kita boleh melihat pada tanda-tandanya iaitu:

1. Bagi hamba-hamba yang bertaubat itu bila ia merasakan di dalam
dirinya masih ada dosa-dosa yang masih belum terhakis.

2. Hatinya lebih tenteram dan suka mendekati orang-orang yang solih
dari mendekati mereka-mereka yang fasik.

3. Bila ia merasakan di dalam dirinya telah hilang perasaan gembira,
sebaliknya sentiasa datang perasaan sedih kerana takutkan azab
Allah.

4. Bila ia melihat pada dirinya yang sentiasa sibuk dengan menunaikan
kewajipan terhadap Allah sebaliknya sedikitpun ia tidak sibuk
meguruskan rezekinya yang telah dijamin oleh Allah.

5. Sungguhpun sedikit rezaki yang ia dapat di dunia ini namun ia tetap
melihatnya banyak, tetapi walaupun banyak amalan untuk akhirat yang
telah dikerjakannya namun ia tetap merasa sedikit.

6. Bila ia melihat pada dirinya yg sentiasa menjaga lidah dan
ucapannya, sering bertafakur dan selalu berada di dalam keadaan
sedih dan menyesal.

Seindah wanita...


Seindah mawar berduri
Aroma mu harum mewangi
Namun berpagarkan duri
Demi mempertahankan hakikat keindahan

Jikalau kau diciptakan sebagai sebutir mutiara.
Kau adalah mutiara yang bersinar gemilang jauh di dasar lautan.
Bukanlah mutiara yang terdedah menjadi perhatian umum.
Jatuh nilainya.
Jikalau kau diciptakan sebagai sekuntum bunga.
Sudah tentu kau adalah bunga mawar yang mempunyai duri
Dari kejauhan sudah bersinar gemerlap keindahan
bersama gemersik aroma yang harum mewangi.
Sentiasa menjadi angan-angan setiap kumbang
meskipun gentar dan sukar untuk didekati.

Aku ingin menjadi wanita
solehah..
Seperti mawar berduri
yang mengharum dan mekar
bersama sang kumbang yang
gagah melindungi..
Aku ingin manjadi wanita
solehah..
Seperti Rabiatul Adawiyah
yang menemukan dengan
cinta Ilahi..
Aku ingin bersamaNya..
Inginku lari dari cinta
insani..
Namun, ku yakinkan
ditemukan dengan insan
yang dicintaiNya untukku..
Kerna tanpa cintaNya..
Aku tak mengenal cinta
manusia..
Siapalah aku melainkan
kuharap menjadi wanita
solehah hiasan hidup insan
bernama suami.