tweet..!! tweet..!!



Wednesday, October 20, 2010

pentingkah HIPOKRIT??!!

HIPOKRIT..!!

Aper tu hipokrit??
hipokrit ni adalah sejenis 'penyakit' yang menurut kamus dewan bermaksud "(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat dan lain2) baik yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya" atau boleh dikategorikan sebagai seorang yang "MUNAFIQ"...

Perlu ker untuk hipokrit??
mesti ramai yang berpendapat bahawa hipokrit ni TIDAK BOLEH dipraktikkan langsung dalam kehidupan seharian kan?? pasti pelbagai pendapat yang akan dimuntahkan adalah kenapa kita perlu jadi hipokrit sedangkan kita adalah kita...kenapa perlu jadi orang lain??

Namun, pada hemat saya, adakala hipokrit ini perlu dalam sesetengah perkara dan dalam sesetengah keadaan...kenapa saya berpendapat demikian??
kerana...bila di dalam suatu situasi, adakah kita perlu tunjukkan yang kita adalah seorang yang amat memualkan?? maksud saya seseorang yang akan di pandang sebagai gedik dan manja tak bertempat...mungkin anda akan menyatakan bahawa anda sememangnya begitu sejak dari azali...tapi, perlukah kita memburukkan lagi perspektif orang yang melihat dan menilai kita?? takkan di tengah majlis, kita perlu tergedik-gedik?? pasti kita akan menjadi seorang yang paling bersopan pada ketika itu kan?? ini kerana amat penting untuk kita menjaga maruah dan harga diri daripada orang ramai dan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan positive perspective manusia sekeliling...tambah2 jika anda seorang yang mempunyai pakej yang lengkap... bertambah lah admire anda bukan?? tidak bermakna juga saya menggalakkan hipokrit ini dalam diri manusia...tapi BIARLAH BERTEMPAT....

Dalam sesetengah perkara pula, perlukah kita untuk menjadi terlalu meminta?? perlu ker untuk kita memuaskan nafsu sendiri dengan menyiksa orang disekeliling?? puaskah nafsu kita bila orang sekeliling mula menjauhkan diri?? puaskah dengan apa yang dah kita lakukan?? atau mungkin senangkah untuk kita mencari sahabat, insan istimewa dalam masa yang sepintas?? tepuk dada, tanyalah diri...seperti apa yang telah saya coretkan di awal tadi...perlu mengikut kesesuaian tempat dan keadaan..tegakah kita untuk mendapat perhatian dengan menghiris perasaan orang sekeliling?? pada yang berpendapat diri mereka benar pasti mereka mengatakan mereka hanya menjadi diri mereka...tapi, pernahkah mereka fikir yang tindakan mereka hanya akan mengundang kepada pembatasan pergaulan?? permudahkan penjelasan...
bilamana di rumah atau di suatu tempat yang hanya pabila ada kita dan ahli keluarga sahaja...suatu masa, kita keluar dari kelompok keluarga mungkin untuk belajar...adakah kita akan bawa semua yang kita ada?? tidak bukan?? perlu untuk kita tinggalkan separuh agar tak mengah di persimpangan...andai di bawa semua, sudah pasti suku jalan pun kita tidak boleh lalui dengan mudah...dapat di lihat disini dengan jelas kerana bila kita dalam kalangan ahli keluarga, kalau kita tidak hipokrit dan menjadi diri sendiri, sudah terang lagikan bersuluh yang keluarga amat memahami diri kita...kalau di tempat lain, adakah orang mengenali diri kita?? xkan la apa yang keluarga buat rakan nak kene buat jugak?? kalau merajuk, xkan nak asyik suruh orang pujuk?? siapa yang sanggup amik tender pujuk orang jer?? oleh itu, perlu untuk kita menjadi hipokrit bukan?? kuatkan diri seolah2 kita ingin berperang, berpura-pura seolah-olah kita tidak lemah...bila dikaji semula pasti akan kita temui kerasionalannya tindakan tersebut...

Pokoknya...kematangan itu penting dalam setiap aspek kehidupan kita seharian... matang dalam tindak tanduk nescaya matanglah perjalanan yang bakal kita tempuhi....kita redah onak duri, kita hayun langkah berani, kita tepis badai yang menanti, pasti kita temui suatu yang pasti...kejayaan bukan boleh ditemui bila-bila masa yang diingini....tetapi, kejayaan datang dengan sejuta usaha dan keredhoan TUHAN...bukan datang bergolek, tapi perlu kita daki, redah, randuk, tangis, senyum dan sebagainya...apa yang penting, niat di hati biarlah ikhlas...

akhir kata...HIPOKRIT itu juga sesuatu yang perlu di ambil kira....wallahu'alam...

pepatah terbaru saya...!!!

"aku bukan batu bila aku dalam satu situasi... aku seperti padi yang mana penuh dengan maruah dan harga diri... bilamana maruah dan harga diri berada di kaki....
akulah batu..."


Wednesday, July 28, 2010

hati terluka...

adakala kita perlu membiarkan diri merasa segala perasaan yang ALLAH kurniakan kepada kita... bersyukurlah ketika diri di abaikan, kerana kita akan mula berdikari dan berdiri tanpa tongkat dari orang lain..bersyukurlah ketika kita di sakiti agar hati tidak terlalu lemah kerana dari situ diri akan mengajar hati erti sabar, tabah, kuat dan sebagainya...bersyukurlah jika hari ini kita menangis kerana kita tidak lupa bahawa dunia ini tidak menjanjikan hanya kebahagiaan buat penghuninya... bersyukurlah kerana hati kita masih basah dengan perasaan...walaupun berat bahu yang memikul, terimalah....kerana di hujung sengsara pasti ada manisnya kebahagiaan...jangan kita asyik menyalahkan takdir serta menunding jari kepada orang lain kerana sebaik kita menunding jari nan sebatang, masih bersisa 4 batang jari menunding laju ke arah kita...tidakkah kita tersedar bahawa diri juga tidak menyokong tindakan kita dalam menunding jari kepada orang lain...sebaliknya insafilah diri...tenangkanlah hati..munajat pada ILLAHI....moga di bukankan jalan petunjuk serta di kuatkan iman agar kita terus tabah dan kuat dalam mengharungi jalan yang berliku...jalan yang hanya kita memutuskannya...sama ada jalan yang menuju ke arah syurga @ pun neraka...segala yang berlaku di sekeliling kita adalah pelajaran utama yang merupakan petunjuk agar kita tidak terus alpa dan leka serta tersalah dalam memilih jalan hidup...biarlah hati di lukai kerana itu akan lebih menambah kematangan insan...biarlah diri berseorangan andai itu yang mampu mendewasakan serta mengajar erti berdiri di atas kaki sendiri...hanya ku harapkan agar diri dapat menginsafi...ingat pesan Rasullullah: "bercakap banyak menambah kan dosa"....diam adalah lebih baik daripada selalu menegakkan kebenaran...biarlah kebenaran itu muncul sendiri keran yang benar pasti benar walau tidak bertegang urat menegakkan kebenaran...walau sehebat mana kepalsuan, suatu masa pasti kebenaran akan muncul menegak keadilan...hadapi setiap dugaan dengan senyuman walau hati digigit pilu..walau aku penat lelah dalam mencari ketenangan dalam kehidupan, aku perlu sedar dan akur bahawa hidup ini ibarat roda....adakala kita di atas, adakala kita di bawah...persoalan yang masih berlegar di benak aku hingga kini...adakah kerana aku banyak bercakap aku perlu memulakan suatu perkara??? apakah aku tidak punya malu hingga semua perkara mesti aku mulakan??? aku juga punya perasaan wahai sahabat....kenapa kau tidak pernah mengerti apa yang aku rasakan...aku tak minta untuk sentiasa diiringi...aku cuma meminta agar aku di hormati...aku juga insan...adakala malu, marah dan sebagainya....jika suatu hari nanti segalanya pecah, aku tidak akan menyalahkan diri aku...kerna aku cuba menjadi yang terbaik...adakah kalian juga begitu?? ahhh..!!! persetankan perasaan... aku disini untuk belajar mencari sekelumit ilmu...setelah tamat, aku tidak akan menoleh lagi...biar ia jadi sejarah silam buat aku...

Thursday, July 22, 2010

mengumel sambil pure2 cumel...lalalala

dah lamer aku xmengupdate blog aku neh...klo di ikotkan kre dah bersawang gler laaa...klo lelabah datang pon xngaku d sawang macam tu keturunan d punyer....hohohoho.....almaklum ler...xkayer g...klo dah kayer nanti kompem slalu jerk bertulis neh..hohoho....sem baru dah muler...adussss..malas sunguh nak ngadap sumer bende...tapi, berbekalkan semangat sebab hanya tinggal lagi 2 sem tok aku habeskan, insyaALLAH... akan aku harungi nyer juger...ndak xndak...timo jo laaa...... lekkkssss luuu...!!!!! heehhehe...

Wednesday, April 14, 2010

ujian yang datang...

sukarnya untuk meneruskan kelangsungan hidup di muka bumi yang indah ini...begitu banyak dugaan dan halangan yang datang sehingga semakin sukar untuk ku tepis dan ku harung... knapa dugaan seolah-olah tidak lari dari perjalanan hidupku...iya...ku akui, dugaan itu menunjukkan bahawa ALLAH swt amat menyayangi hambanya itu...dan ALLAH swt jua tidak akan menurunkan dugaan yang berat buat hambanya melainkan dengan kemampuan hambanya itu..,namun, mengapa kurasakan aku semakin lemah...lemah untuk megharungi ranjau ini... airmata sudah tidak dapat ku bendung lagi...jatuh bagaikan hujan...andai ada pilihan buatku...biarlah aku pergi daripada dunia ini daripada menyusahkan orang di sekeliling aku... namun, apakan dayaku...aku harus mengharungi jua ranjau kehidupan ini kerana inilah yang mencorakkan perjalanan hidupku kelak...aku bersyukur kerana aku di beri ujian...dan aku berdoa agar setiap ujian yang di turunkan buatku akan bertemu dengan penyelesaian yang sempurna... walau separah mana ujian itu, walau sehebat mne dugaan itu, walau setinggi gunung ranjau yang di hadapi, akan ku tempuh demi segenggam impian dan cita2...
bersabarlah hati....kuatkan dirimu...kejayaan berada bersama2 dengan orang yang bersabar...

Monday, February 1, 2010

salahkah aku??

Wednesday, January 27, 2010

sahabat...mungkinkah????

sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang dalam mencari secebis ilmu untuk memenuhi keperluan hidup yang semakin getir dari sehari ke sehari. sahabat yang tidak pernah jemu untuk mengingatkan diantara satu sama lain betapa goyahnya perjalanan hidup andai diri tidak kuat. semoga kita sentiasa bersahabat walau apa pun badai yang melanda. satu pesanku wahai sahabat, jangan kita terlalu memilih kesempurnaan pada paras rupa. ingatlah, tidak selamanya kita kekal dalam keadaan begitu. bukan kecantikan yang menjadi ukuran dalam menjalinkan sesebuah ikatan, tetapi beralaskan sifat murni yang wujud dalam diri. biarlah kita tidak cantik asalkan kita mempunyai sifat yang mampu membuatkan orang menyenangi pabila mengenali siapa diri kita. saat kita bersua muka teringin untuk aku menyapa walau dengan sepatah kata. namun, aku tidak kuat untuk menafsirkan sudut pandangan yang dilemparkan. bukan aku seorang yang arrogant, apatah lagi segala apa yang kalian fikirkan. tapi, percayalah...aku bukan seperti apa yang nyata. tidak tinggi impian aku andai aku katakan yang aku amat menanti saat di mana kita semua mampu bertukar senyuman, bertukar fikiran apatah lagi berkongsi cerita. saat kita mampu duduk semeja dan bergurau senda tanpa ada yang terluka. tanpa ada yang membezakan taraf, kewarganegaraan, apatah lagi warna kulit. apa yang pasti kita serumpun, kita dibawah satu bumbung, kita dibawah satu pentadbiran yang membawa kepada satu malaysia. mengapa mungkin wujud perspektif negatif seperti itu???
sahabat, masa untuk kita selalu bersua muka tidak lama. benar seperti dikata, kita akan mula merindui pabila insan itu sudah tidak lagi di depan mata. jadikanlah masa yang ada dipenuhi dengan setiap inci memori manis kita bersama. bukan hanya kelukaan yang menanti masa untuk sembuh sepenuhnya. adakala, kelukaan itu perlu kita sembuhkan dengan menghadapi kenyataan.
ayuhlah sahabat..!!!
buangkan yang keruh ambilah yang jernih. lupakan kenangan silam, marilah kita sama-sama berganding bahu, mengerah fikiran untuk menghasilkan buah fikiran yang mampu menjadikan kita sebaris dengan insan yang berjaya. seperti kata pepatah, sangat mudah untuk mematahkan sebatang lidi, tapi amat sukat untuk mematahkan segenggam lidi.
akhir kalam, sebelum mata terpejam rapat, sebelum tangan kaku berdakap, sebelum mulut terkatup rapat, sebelum nyawa tertinggal sisa, sebelum tanah mengambus jasad, sebelum malam melabuh tirai, sebelum pena jatuh ke lantai izinkan aku mewakili setiap sahabat untuk mengungkapkan kata maaf dari sudut hati yang paling dalam di atas setiap perlakuan atau perkataan yang secara sedar ataupun tidak telah mengguris hati dan jiwa sahabat. semoga ukhwah kita kekal dalam ingatan.
ku doakan agar impianku tercapai. tidak lupa juga ku titipkan doa buat sahabat-sahabat sekalian, agar setiap derap kaki sahabat dipenuhi dengan lingkaran doa agar kita menuju ke jalan yang benar dan lurus dalam menempuh onak dan ranjau. semoga kita sentiasa berada di bawah payung keredhoan-NYA, mendapat makrifat-NYA, dan mendapat redhoNYA.
amin ya rabbal alaminnnn....

ku bukan superstar..!!!

andai aku Pasha Ungu..
semua wanita kan memburuku..
bila aku Aril Peterpan..
kau yakin the fans kerna gua keren...
shekshi badannya...Mulan Jameela...
cantiknya dia seperti aku
diri Nidji sahabat aku
dekat denganku...dialah akuuu...
tapi kenyataan aku bukan shiapa-shiapa
ku ingin engkau mencintaiku apa adanya...
c/o: ku bukan superstar
kaya dan terkenal
ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
ku bukan bangsawan ku bukan priyai
ku hanyalah orang yang ingin di cintai...
oooo...ooooo...oooo...
andai aku Letto
wes pasti aku wong che wooo
tapi kenyataan aku bukan shiapa-shiapa...
ku ingin engkau mencintaiku apa adanya....
*ku bukan superstar
kaya dan terkenal
ku buka saudagar yang punya banyak kapal
ku bukan bangsawan ku bukan priyai..
ku hanyalah orang yang ingin dicintaiiii...
kata orang ku mirip Glen Fredly...
suara merdu wanita jatuh hati
namun semua itu hanya mimpi (thats why baby)
bagimu...
ooooooo...oouuuuuuuu....
jadi..semua itu hanya mimpi????
ya iyalah...masanya ia dong,duriannya ja dibelah bukan di bedong..
(ulang *)
kamu bukan super
kamu bukan star
kalo digabungin kamu bukan superstarrrrr
ku bukan bangsawan ku bukan priyai ku hanyalah orang yang ingin dicintaiii...
ooooo...ooooo...oooo..oooo...oooo
erkkkk...!!!!
mike ketelan...air..!! air..!!

Monday, January 18, 2010

merepek lagiii...

seperti biasa blog ni tetap tak menarik sebab aku xreti nak buat isu aper kat sini..hehehehe....apa yang penting aku boleh meluahkan apa sahaja yang aku nak kater kat sini...perasaan aku, ketidakpuasan hati aku dan sebagainya...
tu yang penting...hohoho...


hmmmm....adakala hidup ni terlalu susah buat aku...aku sendiri xtau nak klasifikasikan kesusahan yang aku alami ni macam maner...rungsing aku memikirkannya...aku xmampu nak luahkan pada orang...aku bukan jenis yang boleh luahkan segalanya...aku hanya mampu mengeluarkan air mata yang rata2 buat insan lain ia begitu berharga.... pada aku air mata aku amat penting...tu sebab apa2 masalah aku lebih selesa jika air mata yang menjadi penyelesaiannya...aku bukan seorang yang bersikap sombong, garang or whatever...aku jugak insan biasa yang teringin untuk menjadi segalanya...teringin untuk mengecapi kebahagiaan...hati aku xkuat...hati aku lemah...aku mudah tersentuh....segala yang bersifat sensitif adalah aku yang sebenarnya...berpura-pura menjadi kuat adalah kerana aku tidak mahu di pijak orang lain....hakikatnya aku mudah tersentuh...aku sedih, aku pendam...aku luka, aku diam...aku terguris, aku pergi mendamaikan jiwa...aku xkuat..!!!!
itu yang penting...jika aku tak berpura-pura untuk menjadi kuat, sudah tentu orang tidak mahu bergurau dengan aku...jika itu berlaku, aku tidak akan mampu untuk mengecapi segala rasa sakit yang bersarang...tapi, aku tekankan sekali lagi...aku xkuat...aku xmampu menanggung semua nya dengan lama...aku perlu menangis untuk meringankan beban aku.......
adakala aku terasa seakan mahu mendapatkan penyakit yang sudah tidak ada harapan untuk sembuh..jika itu bisa membuatkan hidup menjadi senang...

itulah aku...penuh dengan konklusi hidup yang tak pernah berpenghujung....

Thursday, January 14, 2010

hidup susah???

hmmm...dah masuk semester baru. Macam2 dah berlaku, terutama sekali masalah air yang xpernah selesai bak kata seorang lecturer aku yang mana masalah ni dah berlarutan selama 10 tahun lamanya...Apa dah jadi???!! Salah siapa?? Ntahla..hanya mereka yang berkaitan sahaja yang mampu merungkai segala jawapan yang buat rata2 penghuni kampus ni dah buntu untuk memikirkanya...Isu ini seolah-olah menjadi satu beban yang terpaksa kami galas buat meneruskan perjuangan kami. Rutin harian of course berubah sama sekali. Angkat air @ menunggu 'ketibaan' air menjadi salah satu syarat untuk memenuhi rutin harian. Sampai bila??? Masuk semester ni dah jadi setahun buat kami menunggu saat pulih seperti sediakala. Tapi, dengan keberanian yang ada dalam diri MPP, satu memorandum telah diserahkan secara serentak di dua tempat yang berlainan. Hmmm...menarik bukan...Semoga pihak yang berwajib dapat menyelesaikan isi ini yang telah merungsingkan setiap pelajar...Jangan sampai kami habis belajar pun masih tiada tindakan yang di ambil. Mungkin tindakan yang lebih drastik dari kami akan menjadi pertaruhan.....