tweet..!! tweet..!!



Saturday, August 1, 2009

semalam...hari ni....esok???

hmmm...semalam berlalu dengan pantas...dan alhamdulillah, sumer nyer lebih baik dari kelmarin. semalam, aku bermonolog sendirian mengimpikan segala yang aku idamkan. namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukannya hanya DIA. hanya DIA yang aku harapkan. segalanya punya hikmah yang tersendiri. semalam, aku telah redho. aku redho dengan apa yang telah tersurat untuk kelmarin. kelmarin adalah sejarah buat aku yang tak mungkin dengan mudah aku melupakannya. namun, disebabkan kelmarinlah aku berjaya mengharungi hari semalam. hari ni. hari ni masih saja berlalu tanpa aku tahu apa yang telah menanti buat aku. aku hanya mampu melaluinya dengan tekad kesabaran yang tinggi. tapi, hari ni semacam kurang sikit dari hari semalam. ntah kenapa aku rasakan begitu. aku harap segalanya akan berlalu tanpa ada yang menyakitkan jiwa, naluri dan perasaan aku. hari ni serasa berlalu dengan perlahan. pagi-pagi lagi aku dah terjerat dengan kelalaian diri sendiri. itulah manusia. sentiasa lupa akan jatuh bangunnya diri sendiri. merasakan semuanya baik-baik sahaja, dan dialah yang terbaik. aku sedar, mulai dari hari ni aku perlu berusaha untuk melenyapkan rasa kebanggaan dalam diri aku ni. aku hanya hamba. hamba yang diciptakan untuk mengabdikan diri padaNYA. bukan pada dunia ini yang begitu melalaikan. hmmm... esok??? persoalan yang belum pasti terjawab dengan mudah. namun, yang aku harapkan, semoga hari esok membawa sinar yang mampu menerangai jalan aku. yang mampu membawa aku menuju ke jalan yang diredhoi-NYA. apa yang lebih penting adalah semoga hari esok menjadi lebih baik daripada hari ini.