tweet..!! tweet..!!
Showing posts with label diari kehidupan.... Show all posts
Showing posts with label diari kehidupan.... Show all posts
Saturday, August 1, 2009
semalam...hari ni....esok???
hmmm...semalam berlalu dengan pantas...dan alhamdulillah, sumer nyer lebih baik dari kelmarin. semalam, aku bermonolog sendirian mengimpikan segala yang aku idamkan. namun, kita hanya mampu merancang, yang menentukannya hanya DIA. hanya DIA yang aku harapkan. segalanya punya hikmah yang tersendiri. semalam, aku telah redho. aku redho dengan apa yang telah tersurat untuk kelmarin. kelmarin adalah sejarah buat aku yang tak mungkin dengan mudah aku melupakannya. namun, disebabkan kelmarinlah aku berjaya mengharungi hari semalam. hari ni. hari ni masih saja berlalu tanpa aku tahu apa yang telah menanti buat aku. aku hanya mampu melaluinya dengan tekad kesabaran yang tinggi. tapi, hari ni semacam kurang sikit dari hari semalam. ntah kenapa aku rasakan begitu. aku harap segalanya akan berlalu tanpa ada yang menyakitkan jiwa, naluri dan perasaan aku. hari ni serasa berlalu dengan perlahan. pagi-pagi lagi aku dah terjerat dengan kelalaian diri sendiri. itulah manusia. sentiasa lupa akan jatuh bangunnya diri sendiri. merasakan semuanya baik-baik sahaja, dan dialah yang terbaik. aku sedar, mulai dari hari ni aku perlu berusaha untuk melenyapkan rasa kebanggaan dalam diri aku ni. aku hanya hamba. hamba yang diciptakan untuk mengabdikan diri padaNYA. bukan pada dunia ini yang begitu melalaikan. hmmm... esok??? persoalan yang belum pasti terjawab dengan mudah. namun, yang aku harapkan, semoga hari esok membawa sinar yang mampu menerangai jalan aku. yang mampu membawa aku menuju ke jalan yang diredhoi-NYA. apa yang lebih penting adalah semoga hari esok menjadi lebih baik daripada hari ini.
Labels:
diari kehidupan...
Thursday, July 30, 2009
kekesalan semalam...
emm....hari neh aku jalani hidup seperti biasa jerk...tapi, der satu berita baik tuk aku...hehehe... tok aku sorang jer ker?? xjugak..buat semua yang meminjam ptptn...hari ni akhirnya masuk gak duet tok kami neh....alhamdulillah.....selain tu, hari ni aku dah berjaya mencari sedikit lagi ketenangan yang hilang dalam diri aku...permusuhan yang lama terjalin tanpa ungkapan kata maaaf telah aku putuskan hari neh....maksud aku, aku dah berjaya tuk luahkan segala kekesalan aku terhadap seorang sahabatku ni....aku teringat, suatu ketika dahulu aku asyik mengingatkan owang yang mengungkapkan kata maaf tu xbererti kita seorang yang lemah atau pun seorang yang kalah...bahkan, owang yang memohon maaf dan menyedari kesilapan yang telah di lakukannya dengan memohon ribuan kemaafan lebih baik daripadanya...apatah lagi owang yang memaafkan...almaklumlah...semua makhluk kat dunia ni kan memang xlari dari melakukan kesalahan...so, janganlah malu untuk mengaku akan kesalahan diri sendiri dengan memohon ampun dan maaf....sekurang-kurangnya kita akan merasa tenang dan gembira selepas kemaafan kita di terima...selepas hari ni aku belajar banyak benda yang membuatkan aku sedar betapa kerdilnya diri ini yang selalu memerlukan bimbingan dari sesiapa sahaja yang layak memberi bimbingan...hanya akal dan iman sahaja yang mampu menentukan baik buruknya sesuatu yang kita putuskan....semoga hari esok membawa seribu sinaran yang akan menyinari hidup aku...dan yang paling penting, aku akan mempelajari pelbagai perkara yang mendatangkan faedah buat aku....yang mampu membimbing aku menuju jalan yang lurus....
Labels:
diari kehidupan...
Subscribe to:
Posts (Atom)