tweet..!! tweet..!!



Monday, December 12, 2011

Wednesday, October 20, 2010

pentingkah HIPOKRIT??!!

HIPOKRIT..!!

Aper tu hipokrit??
hipokrit ni adalah sejenis 'penyakit' yang menurut kamus dewan bermaksud "(orang yang) berpura-pura berperangai (berkelakuan, bersifat dan lain2) baik yang memperlihatkan keadaan diri yang berlainan dari yang sebenarnya" atau boleh dikategorikan sebagai seorang yang "MUNAFIQ"...

Perlu ker untuk hipokrit??
mesti ramai yang berpendapat bahawa hipokrit ni TIDAK BOLEH dipraktikkan langsung dalam kehidupan seharian kan?? pasti pelbagai pendapat yang akan dimuntahkan adalah kenapa kita perlu jadi hipokrit sedangkan kita adalah kita...kenapa perlu jadi orang lain??

Namun, pada hemat saya, adakala hipokrit ini perlu dalam sesetengah perkara dan dalam sesetengah keadaan...kenapa saya berpendapat demikian??
kerana...bila di dalam suatu situasi, adakah kita perlu tunjukkan yang kita adalah seorang yang amat memualkan?? maksud saya seseorang yang akan di pandang sebagai gedik dan manja tak bertempat...mungkin anda akan menyatakan bahawa anda sememangnya begitu sejak dari azali...tapi, perlukah kita memburukkan lagi perspektif orang yang melihat dan menilai kita?? takkan di tengah majlis, kita perlu tergedik-gedik?? pasti kita akan menjadi seorang yang paling bersopan pada ketika itu kan?? ini kerana amat penting untuk kita menjaga maruah dan harga diri daripada orang ramai dan ini sedikit sebanyak akan meningkatkan positive perspective manusia sekeliling...tambah2 jika anda seorang yang mempunyai pakej yang lengkap... bertambah lah admire anda bukan?? tidak bermakna juga saya menggalakkan hipokrit ini dalam diri manusia...tapi BIARLAH BERTEMPAT....

Dalam sesetengah perkara pula, perlukah kita untuk menjadi terlalu meminta?? perlu ker untuk kita memuaskan nafsu sendiri dengan menyiksa orang disekeliling?? puaskah nafsu kita bila orang sekeliling mula menjauhkan diri?? puaskah dengan apa yang dah kita lakukan?? atau mungkin senangkah untuk kita mencari sahabat, insan istimewa dalam masa yang sepintas?? tepuk dada, tanyalah diri...seperti apa yang telah saya coretkan di awal tadi...perlu mengikut kesesuaian tempat dan keadaan..tegakah kita untuk mendapat perhatian dengan menghiris perasaan orang sekeliling?? pada yang berpendapat diri mereka benar pasti mereka mengatakan mereka hanya menjadi diri mereka...tapi, pernahkah mereka fikir yang tindakan mereka hanya akan mengundang kepada pembatasan pergaulan?? permudahkan penjelasan...
bilamana di rumah atau di suatu tempat yang hanya pabila ada kita dan ahli keluarga sahaja...suatu masa, kita keluar dari kelompok keluarga mungkin untuk belajar...adakah kita akan bawa semua yang kita ada?? tidak bukan?? perlu untuk kita tinggalkan separuh agar tak mengah di persimpangan...andai di bawa semua, sudah pasti suku jalan pun kita tidak boleh lalui dengan mudah...dapat di lihat disini dengan jelas kerana bila kita dalam kalangan ahli keluarga, kalau kita tidak hipokrit dan menjadi diri sendiri, sudah terang lagikan bersuluh yang keluarga amat memahami diri kita...kalau di tempat lain, adakah orang mengenali diri kita?? xkan la apa yang keluarga buat rakan nak kene buat jugak?? kalau merajuk, xkan nak asyik suruh orang pujuk?? siapa yang sanggup amik tender pujuk orang jer?? oleh itu, perlu untuk kita menjadi hipokrit bukan?? kuatkan diri seolah2 kita ingin berperang, berpura-pura seolah-olah kita tidak lemah...bila dikaji semula pasti akan kita temui kerasionalannya tindakan tersebut...

Pokoknya...kematangan itu penting dalam setiap aspek kehidupan kita seharian... matang dalam tindak tanduk nescaya matanglah perjalanan yang bakal kita tempuhi....kita redah onak duri, kita hayun langkah berani, kita tepis badai yang menanti, pasti kita temui suatu yang pasti...kejayaan bukan boleh ditemui bila-bila masa yang diingini....tetapi, kejayaan datang dengan sejuta usaha dan keredhoan TUHAN...bukan datang bergolek, tapi perlu kita daki, redah, randuk, tangis, senyum dan sebagainya...apa yang penting, niat di hati biarlah ikhlas...

akhir kata...HIPOKRIT itu juga sesuatu yang perlu di ambil kira....wallahu'alam...